Khamis, 18 Julai 2013

ZIKIR, DOA DAN TIPS SEMASA BERSALIN :)

ZIKIR & DOA SEMASA BERSALIN


Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah: 


“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu” 


“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, 



“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini


 
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada 
Allah” 

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi, Kemudian pula :


 
Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.


 Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini: 


Maha Suci AllahAku Pohon ampun kepada Allah



Ditulis dari buku “ RumahTangga Idola”

Oleh Muhammad Al-Munajjid
Darul Nu’man
 



Tips melahirkan anak secara normal :
  1. Lutut berlipat dan kedua kaki terbuka. Biasanya disokong oleh keadaan katil yang sedikit terangkat. Maknanya kita tidak di dalam keadaan berbaring tegak.
  2. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran dan pada masa yang sama buka kelengkang seluasnya
  3. Meneran bila ada resa (sakit dan perut menegang). Rilex bila tiada rasa sakit, untuk mengembalikan tenaga.
  4. Sebelum meneran, tarik nafas dengan panjang dan dalam dengan mulut yang tertutup
  5. Semasa meneran, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada dengan mata terbuka dan memandang perut
  6. Meneran seperti mahu membuang air besar. Teran sekuat hati 
  7. Kalau boleh, jangan menjerit-jerit seperti orang histeria. Cuba bertenang dan kumpulkan tenaga dari dalam. Bagi yang muslimah, ingat ALLAH ...
  8. Jika dah terasa bayi mahu keluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita) teruskan meneran perlahan-lahan tapi berterusan. Jangan meneran terlalu kuat kerana akan menyebabkan tempat sulit kita terkoyak
  9. Bila misi letak bayi di dada, dakaplah baby untuk mengurangkan rasa sakit dan gementar selepas melahirkan. Dekatkan puting pada baby supaya baby kenal puting ibunya juga bau ibunya. Tapi jikalau doktor/misi bawa baby kita lari sejurus dilahirkan, maknanya baby kita tu ada masalah. Bertenang ... baby kita akan dikembalikan setelah keadaannya stabil.

heeee..sem0ga bermanfaat untuk semua :)

2 ulasan: